HomeSukanPingat Sukan Olimpik - TPM, Menteri Kabinet ucap taniah kepada Aaron-Wooi Yik

Pingat Sukan Olimpik – TPM, Menteri Kabinet ucap taniah kepada Aaron-Wooi Yik

Gambar: Olympic Council of Malaysia

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengucapkan tahniah kepada pasangan beregu badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, atas kejayaan mereka dalam acara beregu badminton, serta meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024.

Beliau menyatakan bahawa kemenangan ini bukan sahaja menamatkan penantian pingat untuk Malaysia di temasya sukan itu, tetapi juga mengulangi pencapaian yang sama semasa di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Gambar: Olympic Council of Malaysia

“Kemenangan ini amat bermakna buat Kontinjen Malaysia apabila mereka berjaya menewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen dengan keputusan 16-21, 22-20, 21-19,” kata beliau menerusi satu hantaran di Facebook.

Turut mengucapkan tahniah adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, serta beberapa menteri tertentu.

Author

Pilihan Editor