Atlet Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, terpaksa akur di tempat ke-12 dalam pusingan akhir acara 3m papan anjal wanita di Sukan Olimpik Paris 2024.
Menurut sumber, beliau mengakui bahawa beliau tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat latihan kerana tidak menyangka layak menyertai Olimpik, lebih-lebih lagi menuju ke pusingan akhiran.
Beliau juga rasa berputus asa kerana tidak layak menyertai Olimpik sebelum diberi peluang untuk menyertai pertandingan tersebut secara ‘minit terakhir’.
Beliau yang berusia 25 tahun itu gagal menerusi perjalanan pingat setelah tewas pada pusingan pra-podium.