HomeBeritaJasa Ratu Elizabeth II, Malaysia aman di bawah Komanwel

Jasa Ratu Elizabeth II, Malaysia aman di bawah Komanwel

KUALA LUMPUR: Pemergian Ratu Elizabeth II masih dirasai ramai kerana jasa besar baginda dalam menyatukan hubungan Malaysia, British sejak kemerdekaan lagi dan negara ini aman di bawah Komanwel yang diasaskan.

Presiden Yayasan Metamorphosis, Datuk Razalif Zain berkata, atas jasanya itu negara menikmati hasil yang baik dari segi sosial, politik dan ekonomi kedua-dua belah pihak.

“Ratu Elizabeth menjadi ikon bagi negara Komanwel, pengasas atau penaung lebih 600 pertubuhan dan badan kebajikan, serta memainkan peranan penting dalam hubungan dua hala United Kingdom (UK) dengan banyak negara.

Razalif hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Ratu Elizabeth di Kedutaan British.

“Namun generasi muda hari ini tidak tahu atau kurang ambil peduli fakta sejarah yang sebenarnya penting dalam mengetahui hala tuju negara.

“Baginda menduduki takhta diraja sejak tahun 1952 tempoh paling lama pernah direkodkan dalam mana-mana sistem monarki di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita menzahirkan ucapan takziah kepada pihak Britain susulan kemangkatan Ratu Elizabeth II di Kedutaan British-Malaysia, di sini.

Kayveas hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Ratu Elizabeth di Kedutaan British.

Turut hadir, Presiden Parti Proegresif Penduduk (MyPPP), Tan Sri M Kayveas turut menzahirkan ucapan kepada keluarga monarki Britain.

Author

Pilihan Editor