HomeBeritaDedah isu warga asing di FB, pengasas GBAH bakal dipenjarakan

Dedah isu warga asing di FB, pengasas GBAH bakal dipenjarakan

KUALA LUMPUR: Pengasas Gerakan Banteras Aktiviti Haram (GBAH) Aemierulrizaki Rambli mendakwa dirinya bakal dipenjarakan esok berikutan tindakannya meluahkan rasa geram terhadap kebanjiran warga asing di Pasar Borong Seri Kembangan tahun lalu.

“Saya luahkan kerana kecewa apabila wartawan dihalau daripada membuat liputan di pasar borong berkenaan.

“Kemarahan saya apabila pihak berkuasa tidak ambil tindakan apa-apa terhadap isu berkenaan dan warga asing masih berleluasa.

“Saya didakwa bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 kerana kandungan jelek dan bakal dipenjarakan sebab tak mampu sediakan wang jaminan RM10,000,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Aemierulrizaki yang dikenali sebagai Along bekerja sebagai pemotong ikan sebelum ini didakwa kerana menceroboh setelah membuat serbuan di pusat judi.

GBAH ditubuhkan bersama Ariffin Abu Bakar, Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah (Perkid), Yusuf Azmi dan rakan dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Dalam pada itu, Along menerusi FB Aemierulzaki yang diikuti lebih 24,000 pengikut dilihat tenang menunjukkan kerja-kerja disiapkan sebelum dibawa ke penjara esok.

“Ketika saya menulis status ini, warga asing sedang bermaharajalela di pasar-pasar borong dan kota-kota di sekitar lembah klang.

“Di negara kita, penjenayah dan jenayah dijaga subur dan rapi, manakala sesiapa yang menentang jenayah akan dikenakan tindakan mahkamah atau disumbat ke penjara,” katanya.

Author

Pilihan Editor