HomeBeritaMBSA anjur pertandingan memancing hujung Oktober, hadiah cecah lebih RM30,000

MBSA anjur pertandingan memancing hujung Oktober, hadiah cecah lebih RM30,000

 

CYBERJAYA: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menganjurkan pertandingan memancing bersempena sambutan ulang tahun ke-22 bandar raya berkenaan.

MBSA dalam satu hantaran di Facebook rasminya memaklumkan, hadiah lumayan bernilai lebih RM30,000 menanti para pemenang.

“Sempena Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam yang ke-22, MBSA melalui Jabatan Landskap akan mengadakan Pertandingan Memancing Shah Alam Tahun 2022 pada 30 Oktober 2022 (Ahad) di Taman Tasik Shah Alam jam 8.00 pagi.

“Orang ramai di jemput sertai kerana hadiah wang tunai yang lumayan disediakan kepada para pemenang,” tulis MBSA pada Selasa.

Dengan bayaran yuran penyertaan bernilai RM100 bagi setiap joran, pemenang utama bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000 manakala naib juara pula akan menerima wang sebanyak RM10,022 dan tempat ketiga menerima RM2,022.

Pada masa sama, sebanyak 15 peserta bakal dipilih bagi menerima saguhati bernilai RM200.

Justeru, sebarang pertanyaan berhubung penyertaan boleh hubungi Jabatan Landskap, MBSA di talian 03-5510 5133 sambungan 1660 atau 1284.

 

Author

Pilihan Editor