HomeSukanKalah takpa, janji jangan koyak - Sanusi

Kalah takpa, janji jangan koyak – Sanusi

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengucapkan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta’azim (JDT) di atas kejayaan menewaskan pasukannya dengan jaringan 3-1 meskipun terdapat nada rasa tidak puas hati terhadap beberapa keputusan penting dalam perlawanan.

Menerusi hantaran video perlawanan yang dimuat naik oleh Sanusi di laman Facebook miliknya, beliau mempertikaikan keputusan perlawanan yang menyasikan JDT diberi penalti serta mendakwa satu gol pasukan pelawat adalah jaringan off-site.

“Tahniah JDT menang pada perlawanan menentang Kedah Darul Aman Football Club (KDA) FC malam ini. Tahniah juga para pemain dan penyokong KDA FC yang memberi komitmen terbaik. Kalah tidak mengapa janji jangan koyak.

“Melepasi garisan off-site dan mendapat hadiah sepakan penalti dalam perlawanan bola sepak memang ada dijual di kedai tepi jalan di Kelana Jaya,” katanya.

Pada perlawanan malam tadi, JDT meneruskan momentum kemenangan setelah ditabalkan sebagai Juara Liga Super musim 2022 dengan 3-1 ke atas Kedah di Stadium Darul Aman.

JDT yang dikejutkan dengan jaringan gol pasukan Kedah pada minit ke-13 melalui penyerang import, Ronald Ngah bangkit semula dengan tiga jaringan gol menerusi Bergson da Silva, Leandro Velazquez dan Afiq Fazail untuk memastikan tiga mata penuh dibawa pulang juara liga super itu.

Author

Pilihan Editor