HomeBeritaMUDA mahu wujudkan pendekatan ekonomi baharu

MUDA mahu wujudkan pendekatan ekonomi baharu

KUALA LUMPUR: Parti MUDA mahu mewujudkan sebuah pendekatan ekonomi baharu, seperti yang dibentangkan parti itu dalam Sidang MUDA 2022 di ‘The Vertical Connexion Conference and Event Centre’, pada Sabtu.

Timbalan Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz berkata, agenda utama Sidang MUDA 2022 adalah untuk mereka membincangkan dapatan polisi parti menerusi Program Malaysia Maju.

Menurut beliau, MUDA telah menjelajah ke serata negara untuk mengumpulkan lebih beratus ribu suara rakyat Malaysia ke dalam kertas polisi parti yang dinamakan Kertas Hitam.

“Dalam Kertas Hitam ini juga, kita sentuh beberapa perkara utama. Pertama, kita nak pastikan ada pendekatan ekonomi baharu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang lama sudah bukan baharu lagi, kita perlu masuk ke dalam fasa ekonomi yang lebih baharu, mengikut peredaran zaman.

“Kita nak pastikan antara yang paling utama untuk meningkatkan pendapatan boleh guna kerajaan dan juga kita nak pastikan ada peningkatan dalam perbelanjaan pembangunan, untuk menyokong semua pembangunan lain kita nak adakan dalam negara kita,” katanya dalam sidang media program tersebut.

Author

Pilihan Editor