CYBERJAYA: Jenama fesyen mewah, Balenciaga sekali lagi mencuri tumpuan umum apabila mencipta beg terbaharu yang kelihatan persis ‘sampul kerepek kentang’.
Rekaan beg yang ditampilkan pada Paris Fashion Week dengan nilai RM8,400 itu merupakan kolaborasi bersama jenama kerepek kentang terkenal Amerika, Lay’s.
Malah, rekaan beg terbaharu itu kini dijual dengan tiga warna yang seakan sama dengan paket kerepek kentang Lay’s iaitu warna biru, kuning dan campuran merah hitam, lapor Today.com.
Beg yang diinspirasikan oleh kerepek Lay’s itu makin sensasi di media sosial apabila Pengarah Kreatif Balenciaga, Demna Gvasalia turut memuat naik hantaran foto beg berkenaan dan berkata, “Beg wajib ada dari Balenciaga-Lay’s.”
Sebelum ini jenama tersebut menjadi kontroversi apabila menghasilkan beg mirip plastik sampah.