HomeBeritaPolitikDr Nurul Ashikin tarik balik poster kutipan dana PRU15

Dr Nurul Ashikin tarik balik poster kutipan dana PRU15

 

CYBERJAYA: Ketua Pejuanita Muda Malaysia, Dr Nurul Ashikin Mabahwi menyatakan beliau harus menarik balik poster kutipan dana disebabkan ketetapan yang dibuat oleh Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Beliau akui bahawa sukar menjadi calon muda bagi pilihan raya dengan peruntukan dana kecil tanpa tajaan kerana untuk bertanding di Parlimen memerlukan kos yang tinggi.

“Jika nak tunggu cukup dana, sampai bila-bila hanya orang tua saja di arena pilihan raya.

“Niat saya nak berusaha sendiri untuk duit kempen, di Amerika Syarikat, United Kingdom biasa dengan crowdfunding waktu election, the public will hold the accountability of the MP since they use public donations to contest,” tulisnya menerusi hantaran Facebook pada Khamis.

Tambah beliau, terdapat banyak parti yang turut melakukan kutipan dana bagi tujuan menyertai pilihan raya dan tiada paksaan dalam istilah crowdfunding itu.

Bagaimanapun, beliau akur dengan keputusan parti dan berterima kasih kepada mereka yang memberi sumbangan dana kepadanya sebelum ini.

“Tiada paksaan pun crowdfunding ni, nak bagi boleh, tak nak bagi tak apa. Parti-parti lain juga crowdfunding sebelum ini untuk PRU, jual table etc.

“Tapi tak apalah. Walaupun misi meramaikan wanita muda di Parlimen tertangguh, semoga ada cara lain nanti untuk berbakti.

“Apa-apa pun saya ucapkan terima kasih untuk semua yang dah menderma. Ramai yang bagi, terharu sangat. Walaupun singkat sahaja masa saya iklankan crowdfunding itu sebelum delete poster, saya tak sangka ramai yang bagi sumbangan,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor