HomeBeritaPolitikProvokasi atas MUDA, Hasni tak mahu jadi amalan PRU15

Provokasi atas MUDA, Hasni tak mahu jadi amalan PRU15

CYBERJAYA: Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad tidak mahu provokasi seperti yang dilakukan ke atas MUDA baru-baru ini jadi budaya politik dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Hasni berkata demikian menerusi kenyataan di Twitternya pada hari ini, ketika mengulas mengenai kejadian di mana sekumpulan pemuda melakukan prokasi sehingga membaling botol dan mercun pada majlis MUDA di Bangunan Yong Sheng Banquet Hall pada malam semalam.

Beliau dalam kenyataan ringkasnya, menyeru agar semua pihak berkempen dan meraih undi rakyat Malaysia secara berhemah.

“Saya percaya rakyat mahukan proses demokrasi dijalankan dengan matang, terutama sekali di Johor. Budaya politik sebegini tidak wajar menjadi amalan pada PRU kali ini.

“Berkempen dan raihlah undi rakyat secara berhemah. Jangan jadikan Johor sebagai sarkas. Kita sepatutnya lebih baik daripada ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz pula menyambut baik seruan Hasni itu.

“Semoga PRU kali ini jadi pentas pembentangan idea yang matang dan sihat. Merentasi semua parti, kita katakan tidak kepada politik kotor. Selamat untuk Datuk juga,” kata Amira di Twitternya.

Author

Pilihan Editor