HomeBeritaIsu calon: Zahid ada kiraannya sendiri - Leong

Isu calon: Zahid ada kiraannya sendiri – Leong

PANDAN: Tersenarai buat kali kedua menjadi calon mewakili Barisan Nasional (BN) di Parlimen Pandan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU15), menunjukkan, Datuk Leong Kok Wee boleh membawa perubahan landskap setempat lebih baik.

Leong, adalah calon BN Pandan pada PRU14 pada 2018.

Leong antara calon yang diberi kepercayaan oleh kepimpinan BN selepas pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan senarai pendek, malam tadi di Pusat Dagangan Putra (WTC), malam tadi.

Mengulas mengenai senarai calon BN PRU15, Leong berkata, Pengerusi BN mempunyai sebab tertentu memilih dan menyenarai pendek individu berdasarkan pelbagai faktor yang perlu diambil kira oleh pemimpin itu.

“Beliau (Ahmad Zahid) mungkin ada kiraan, ada sebab  memilih senarai begitu dan saya tidak nampak mana-mana pengerusi parti tidak mahu buat yang terbaik untuk parti.

“Sudah tentu beliau mengambil kira faktor kekeluargaan, persaudaraan, kewibawaan, kebolehan dan kelulusan individu, selain kepercayaan sebelum membuat keputusan,” kata Ketua MCA Bahagian Pandan itu.

Beliau berkata demikian kepada MEDIA VARIASI, ketika ditemui di ibu pejabat BN Pandan, Taman Putra di sini.

Beliau bagaimanapun, tidak mahu mengulas lanjut jika berlaku sebarang perubahan senarai nama, tetapi memfokuskan untuk terus menaikkan BN kembali menjadi kerajaan.

Ahmad Zahid mengumumkan senarai calon BN yang akan bertanding pada 19 November ini.

Author

Pilihan Editor