CYBERJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menyertai Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong kepimpinannya.
Menurut Anwar, pengesahan itu dibuat setelah beliau menerima panggilan telefon daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, pada Khamis.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Medan Selera Presint 8, Putrajaya, pada Jumaat.
Terdahulu, Anwar juga turut mendakwa, beliau telah meraih sokongan dua per tiga majoriti di kalangan ahli Parlimen di Dewan Rakyat.