KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang mengalami gangguan teknikal petang Selasa telah kembali pulih.
Rapid Rail Sdn Bhd selaku pengendali perkhidmatan dalam satu kenyataan malam tadi berkata, kerja-kerja membaik pulih komponen yang rosak akibat disambar petir telah selesai dijalankan.
Menurut kenyataan itu setakatĀ pukul10 malam tadi, semua operasi tren yang melalui stesen LRT Kerinchi kini beroperasi secara automatik dan normal di kedua-dua hala.
āPasukan jurutera akan terus memantau kestabilan sistem di kawasan terlibat.Ā Rapid Rail sekali lagi ingin memohon maaf kepada pengguna di atas kesulitan yang dihadapi,ā menurut kenyataan itu.
Gangguan perkhidmatan LRTĀ Laluan Kelana Jaya berpuncaĀ daripada Sistem Keselamatan Hentian Kecemasan Pencerobohan PenumpangĀ (PIES) yang aktifĀ secara tiba-tiba selepasĀ disambar petir di Stesen LRT Kerinchi petang tadi.
Akibat daripada gangguan itu, semua tren yang melalui kawasan berkenaan terpaksa dipandu secara manual, mengakibatkan kelewatan jadual perjalanan dan kesesakan platform berlaku di beberapa stesen. – BERNAMA