RAUB: Kenapa tanah milik orang Melayu sentiasa jadi buruan sejak zaman berzaman?
Jika dahulu kita faham Semenanjung Tanah Melayu (STM) ini jadi buruan dunia kerana dari Selatan ke Utara adalah lubuk emas.
STM dikenali Semenanjung Emas atau The Golden Chersonese mengikut catatan ahli geografi Greek, Claudius Ptolemy pada 150 Selepas Masihi.
Sejak itu, pendatang Arab, China, India, Belanda, Jepun, England sanggup bergadai nyawa merentasi benua demi emas di Tanah Melayu.
Tetapi sehingga hari ini, STM tetap menjadi buruan oleh kerakusan kapitalis yang berkuasa untuk menjajah, menjarah setiap inci tanah yang ada atas nama pembangunan.
“Setiap kali projek pembangunan, tanah orang Melayulah yang pertama dilihat, disasarkan terlebih dahulu.
“Ibarat, anak kera di hutan disusukan, anak sendiri di rumah mati kebuluran, orang Melayu di tanah air sendiri dipaksa ‘berkorban’ menggadaikan tanah mereka malah tidak dipedulikan nasib masa depan mereka, sebaliknya tanah bukan Bumiputera pula jarang yang berani ‘menyentuh,” soal seorang peneroka Felda Lembah Klau, Saripah Radziah Syed Hamid, 61.
Beliau mewakili suara arwah ibunya yang sudah meninggal dunia pada 2012, lantang bersuara terhadap kerajaan berhubung pengambilan hak tanah orang Melayu pada kadar lebih murah berbanding tanah orang Cina.
Tegasnya, dia terpaksa tampil ke depan demi arwah ibunya yang berkeras tidak mahu tanahnya dijual.
“Arwah ibu berkeras (tidak mahu jual tanah) kenapa (kerajaan) ambil tanah orang Melayu nak murah, kenapa tidak mahu ambil tanah Cina? Kenapa tanah Felda juga yang ditagih?
“Jadi di situ, arwah ibu nampak wujud ketidaktelusan pihak berkuasa. Nak dapatkan tanah bukan senang. Kenapa nak ambik tanah peneroka yang memang susah untuk dijadikan empangan?,” soalnya.
Dia mengulas pendedahan seramai 447 warga peneroka Felda Lembah Klau Dewan Undangan Negeri (DUN) Ulu Dong, Raub Pahang berhubung wujudnya salah laku yang membawa kepada nilai tanah ‘diturunkan’ daripada RM3.45 hingga 99 sen sekaki adalah mengejutkan.
Anak kelahiran Felda itu mendedahkan, hanya satu pertiga daripada pengambilan tanah 4,470 ekar dengan nilai keseluruhan kira-kira RM500 juta.
Mereka turut mempertikaikan kenapa tanah Felda sering menjadi sasaran kerajaan untuk melaksanakan empangan, pembangunan, komersial, dan lain-lain berbanding milik bukan Bumiputera.
IKUTI SIRI PENDEDAHAN ISU INI SELANJUTNYA DI MEDIA VARIASI
Berita berkaitan: