SELEPAS aksi yang memuaskan musim ini, pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah kekal bersama pasukan MIE Racing Honda untuk musim keduanya.
Hafizh yang beraksi di MOTUL FIM Superbike World Championship (WSBK) berjaya mengutip beberapa mata pada musim 2022. Sebelum ini Hafizh pernah beraksi di Kejohanan Dunia bagi kategori Moto2 dan MotoGP.
Selain itu, MIE Racing sebelum ini mengumumkan pelumba dari Brazil iaitu Eric Granado untuk bergandingan dengan Hafizh.Â
WSBK 2023 akan memulakan aksi pada bulan Februari nanti di Australia.Â