HomeBerita27 timbalan menteri jalani istiadat angkat sumpah 3 petang Sabtu

27 timbalan menteri jalani istiadat angkat sumpah 3 petang Sabtu

CYBERJAYA: Istiadat angkat sumpah bagi pelantikan 27 timbalan menteri akan dijalankan di Istana Negara pada jam 3 petang esok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Istiadat berkenaan akan dilaksanakan susulan senarai nama barisan timbalan menteri bagi Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Anwar itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

“Istiadat angkat sumpah akan dijalankan di Istana Negara pada 3 petang esok,” katanya menerusi pengumuman senarai barisan timbalan menteri sebentar tadi.

Berikut merupakan senarai timbalan menteri Kerajaan Perpaduan:

  1. Datuk Seri Ahmad Maslan – Kementerian Kewangan
  2. Steven Sim Chee Keong – Kementerian Kewangan
  3. Datuk Rubiah Wang – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
  4. Datuk Siti Aminah Aching – Kementerian Peladangan dan Komoditi
  5. Datuk Hasbi Habibollah – Kementerian Pengangkutan
  6. Chan Foong Hin – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
  7. Datuk Hanifah Hajar Taib – Kementerian Ekonomi
  8. Akmal Nasrullah Nasir – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan
  9. Adli Zahari – Kementerian Pertahanan
  10. Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad – Kementerian Kerja Raya
  11. Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah – Kementerian Dalam Negeri
  12. Liew Chin Tong – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  13. Yusof Apdal – Kementerian Pendidikan Tinggi
  14. Datuk Arthur Joseph Kurup – Kementerian Sains, Inovasi dan Teknologi
  15. Aiman Athirah Sabu – Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
  16. Fuziah Salleh – Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
  17. Ramkarpal Singh – Kementerian Undang-undang dan Reformasi Institusi
  18. Datuk Hwang Tiong Si – Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
  19. Saraswathy Kandasamy – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
  20. Datuk Mohamad Alamin – Kementerian Luar Negeri
  21. Khairul Firdaus Akbar Khan – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
  22. Teo Nie Ching – Kementerian Komunikasi dan Digital
  23. Lim Hui Ying – Kementerian Pendidikan
  24. Adam Adli Abdul Halim – Kementerian Belia dan Sukan
  25. Mustafa @ Mohd Yunus Sakmud – Kementerian Sumber Manusia
  26. Lukanisman Awang Sauni – Kementerian Kesihatan
  27. Datuk Wilson Ugak Kumbong – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Author

Pilihan Editor