SKUAD kendalian Kim Pan Gon mudah menundukkan Kemboja 4-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam perlawanan persahabatan antarabangsa tier satu malam tadi.
Harimau Malaya membuka tirai jaringan pada minit ke-11 oleh ketua pasukan, Faisal Halim. Pemain natrulisasi, Lee Tuck menambah derita skuad kendalian Ryu Hirose hasil umpanan Faisal Halim pada minit ke-38.
Jaringan ketiga Malaysia hadir pada waktu kecederaan sebelum tamat separuh masa pertama sekali lagi dari faisal halim sebelum Harimau Malaya melengkapkan malam gemilang dengan jaringan keempat oleh Stuart Wilkin pada minit ke-86 perlawanan.
Dengan beberapa ramai muka baharu yang dipanggil oleh Kim Pan Gon ini tampak positif walaupun bermain dalam keadaan padang yang basah dan seterusnya memberi keyakinan menjelang kejohanan AFF Mitsubishi Electric Cup 2022.
Selepas ini, Malaysia akan bertemu dengan Maldives pada 14 Disember di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur bagi melengkapkan sesi pemanasan badan sebelum sepak mula Piala AFF bertemu Myanmar di Stadium Thuwanna YTC, Yangon pada 21 Disember ini.