HomeBeritaPakar psikiatri penjara sangka saya ada masalah mental - Adzrin

Pakar psikiatri penjara sangka saya ada masalah mental – Adzrin

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan guru vokal, Adzrin Adzhar mendedahkan pakar psikiatri Jabatan Penjara masih menganggap dirinya mengalami masalah mental walaupun sudah menjelaskan keadaan mentalnya masih baik ketika berada dalam penjara sepanjang lapan bulan pada 2016.

Itu yang didedahkan pelantun Pujaan Malaya menerusi perkongsian di video berdurasi dua minit 13 saat, mendapat lebih 83,000 tanda suka, dan diulang tayang sebanyak 1.5 juta kali, dimuat turun di Tiktoknya Adzrin Azhar, semalam.

Menerusi video berkenaan, Adzrin, 37, menceritakan semula dirinya disangka gila sehingga namanya tiba-tiba dipanggil ke pejabat pakar psikiatri di penjara kerana dilihat seperti ‘living in denial’ atau hidup namun tidak menerima takdir yang berlaku.

Ketika itu beliau berasa hairan kerana tidak pun memberi nama untuk mendapatkan rawatan psikiatri.

“Psychiatrist (pakar) tanya saya, awak ok ke. Tahu tak dorang semua (mereka) ingat saya gila. Saya kata, ya saya ok.

“Lepastu, dia kata, awak nampak living in denial, if you feel like crying, menangis saja. Sebab I nampak you senyum, sana senyum.

“Saya kata, saya orang Islam dan sebagai Muslim, kita redha. Saya terima apa saja berlaku ke atas diri saya dengan hati terbuka.

“Saya dalam penjara pun kalau saya menangis, sedih, saya dah ada di sini,” katanya.

Adzrin dan kakaknya, Noradzma serta bapa mereka, Datuk Adzhar Sulaiman dipenjara dan didenda selepas disabitkan bersalah atas tuduhan menerima deposit lebih RM100 juta tanpa lesen dan 360 tuduhan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM59 juta.

Sementara itu, Juara Suara Viral 2.0 program Astro itu turut menambah, hanya mahu melakukan perkara betul kerana sudah reda dengan takdir Tuhan yang menentukan dirinya berada di balik tirai besi itu.

“Dah alang-alang saya berada dalam, apa benda baik saya boleh buat, sebab God sent me here, saya cakap macam tu dekat dia. Dan dia masih lagi percaya yang saya ada masalah mental,” katanya sambil seloroh.

Adzrin sebelum ini dilaporkan menghidap kanser namun mendapat sokongan kuat daripada keluarga dan doktor.

Dia dinasihatkan supaya menikmati kehidupan dan tidak membiarkan dirinya tertekan bagi mengelak sel kanser rahim tahap dua yang dihidapi sejak 2015 terus merebak, selain sentiasa gembira.

Bagaimanapun, dia kini disahkan bebas daripada penyakit itu.

Untuk rekod, Adzrin mendirikan rumah tangga pada 2007 dan mempunyai dua anak perempuan kembar.

MEDIA VARIASI menerusi beberapa siri Bongkar melaporkan, Pakar Psikiatri dari Jabatan Psikiatri Hospital Serdang, Dr Aida Harlina Abd Razak mendedahkan, golongan perempuan lebih mudah menghadapi masalah kesihatan mental kerana perbezaan hormon dan biologi badan menerima tekanan.

Isu kesihatan mental banyak cabang dan salah satunya mudah mendapat masalah Dissociative Identity Disorder (DID) atau bertukar banyak personaliti secara frekuensi berbanding lelaki.

Ia susulan siri Bongkar dengan artikel utama, mendedahkan sisi kehidupan penghidap Dissociative Identity Disorder (DID), Belle, 23, yang memiliki 30 personaliti termasuk jantina wanita, lelaki, usia antara enam tahun hingga 43 tahun yang dialaminya sejak lima tahun lalu.

Author

Pilihan Editor