HomeGaya HidupPerlawanan bapa, anak atas padang beri peluang keseronokan, eratkan hubungan

Perlawanan bapa, anak atas padang beri peluang keseronokan, eratkan hubungan

SHAH ALAM: Sempena cuti Perayaan Krismas dan Tahun Baharu yang menjelang tiba, MOTA Akademi Klang adakan latihan kali terakhir untuk tahun melibatkan perlawanan diantara pihak bapa dan anak.

Pengasas MOTA Akademy Klang, Izuwan Hayat berkata, perlawanan seronok yang dibuat di Padang Sukan Anfield pada Sabtu itu adalah untuk para ibu bapa terlibat permainan dengan anak-anak.

Izuwan Hayat

“Kali ini kita buat satu perlawanan seronok untuk para ibu bapa terlibat permainan dengan anak-anak, jadi hari ini adalah mungkin latihan yang terakhir untuk tahun ini.

“Latihan kali ini hanya untuk kumpulkan antara ibu bapa dengan anak-anak untuk merapatkan sillaturrahim diantara semua ibu bapa, kalau tak nanti mereka tak terlibat. Jadi latihan ini memberi keseronokan apabila semua membuatnya bersama-sama,” katanya kepada MEDIA VARIASI pada Sabtu.

Sementara itu, bapa kepada pemain MOTA Akademi Klang, Rafizan Md Rahim gembira dapat turut sama terlibat permainan ini dengan anaknya.

Rafizan Md Rahim

Kata Rafizan, dia dapat melihat lebih dekat bagaimana anaknya bermain atas padang.

“Kalau untuk anak saya, alhamdulillah, cara permainan dia lebih baik, dia punya hantaran bola, penerimaan bola, tendangan, kawalan dan semuanya baik.

“Kalau untuk bapa, kita dapat penat, bersukan itu penat tetapi kita ‘enjoy’, ‘enjoy’ untuk pasukan MOTA Akademi Klang, insya-Allah semoga akan datang lebih ditambahbaikkan lagi.

“Untuk keakraban anak dengan bapa, saya rasa lebih akrab, maknanya kita dapat lebih tahu anak kita, dari segi apa dia minat dan suka, jadi kita akan bagi sokongan untuk dia,” kata Rafizan.

Seorang lagi bapa, Khairulnizam Idris turut bersetuju bahawa perlawanan seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan diantara bapa dan anak.

“Program ini boleh dikira sebagai satu program yang mengeratkan hubungan anak bersama dengan bapa, kalau ikutkan ini adalah sesuatu yang positif, yang semua orang suka tetapi tak semua orang berkesempatan.

“Mungkin bila dapat menyertai masuk program MOTA ini, insya-Allah hubungan erat antara anak bapa itu menjadi lebih baik

“Ini pertama kali saya main, kalau ikutkan saya tak nak main sebenarnya, tetapi sebab saya pun dah lama tak main kebetulan pula esok nak FIFA World Cup, jadi itu yang menjadikan saya bersemangat untuk main, seronoklah,” ujar Khairulnizam teruja.

Manakala seorang lagi bapa, Alif Mazelan mengetengahkan elemen kekeluargaan yang dititikberatkan dalam MOTA Akademi merupakan satu perkara yang sangat bagus.

Alif Mazelan

“Sudah tentulah saya rasa teruja dapat bermain bersama dengan anak, saya rasa gembira dapat turut serta bermain dengan jurulatih kemudian dapat bermain dengan anak.

“Hubungan semakin rapat, dan lagi satu, MOTA ini titiberatkan kekeluargaan, jadi kami semua macam keluarga, jadi anak-anak kita pun dapat kawan baharu, kita pun dapat mengenali ibu bapa yang lain, jadi ‘bonding’ sebagai keluarga dalam MOTA itu sangat bagus,” kata Alif.

Author

Pilihan Editor