HomeBeritaPemetaan tidak sama dengan situasi sebenar

Pemetaan tidak sama dengan situasi sebenar

KUALA LUMPUR: Pemetaan kawasan berisiko sangat penting untuk beri gambaran sesuatu lokasi berisiko ancaman bencana atau tidak.

Sebagaimana dilaporkan di MEDIA VARIASI pada 18 Disember lalu, industri perladangan telah pun menggunakan ‘remote sensing’ teknologi dron bagi mengesan dan memeta ladang-ladang untuk meningkatkan penghasilan, pihak ladang berbelanja wang untuk tujuan ini.

Hari ini, Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) mengakui Malaysia ketinggalan dalam menambah baik aspek pemetaan kawasan berisiko bencana.

Ketua Setiausaha KKR, Datuk Wira Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, dari sudut geografi pemetaan tiada sebarang pembinaan boleh dilakukan berhampiran cerun.

“Tidak dapat dinafikan kita memang ketinggalan tetapi saya tidak boleh komen lanjut mengenai perkara itu.

“Tetapi melalui guide line (garis panduan) yang kita keluarkan juga tidak boleh membina apa-apa yang berkaitan berhampiran cerun,” katanya kepada pemberita sambil menunjukkan satu buku garis panduan selepas Majlis Perasmian Hari Profesion Teknikal Negara 2022 (HTPN) di sini hari ini.

Beliau mewakili Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Datuk Wira Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman hadir di Hari Profesion Teknikal Negara 2022

HTPN bermula dari 19 hingga 21 Disember 2022 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid Kuala Lumpur.

Mengungguli Teknologi Melonjak Pembangunan adalah tema sambutan HPTN tahun ini dengan mengambilkira transformasi penggunaan teknologi terkini khususnya di dalam bidang teknikal, di samping menggalakkan golongan muda sertai profesion teknikal.

Datuk Wira Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman melihat teknologi yang dihasilkan pempamer sempena Hari Profesion Teknikal Negara 2022

Terdahulu, Wan Ahmad Uzir mengulas ketika ditanya adakah Malaysia masih ketinggalan dan gagal dalam melakukan pemetaan risiko bagi menghadapi bencana yang sistematik walaupun kerap berdepan dengan pelbagai malapetaka besar seperti banjir dan tanah runtuh hingga meragut banyak nyawa.

Tragedi tanah runtuh berlaku jam 2.42 pagi Jumaat lalu di tapak perkhemahan itu dengan setakat ini 61 mangsa selamat, 24 terkorban dan sembilan lagi masih hilang daripada keseluruhan 94 orang.

Author

Pilihan Editor