HomeSukanBilik hotel Messi di Piala Dunia Qatar dijadikan muzium

Bilik hotel Messi di Piala Dunia Qatar dijadikan muzium

BILIK hotel Lionel Messi semasa di Piala Dunia akan diubah menjadi ‘muzium kecil’ berikutan kejayaan Argentina dalam kejohanan kali ini. Pemenang Ballon D’or sebanyak tujuh kali itu merupakan watak utama dalam skuad Argentina sehingga muncul juara Piala Dunia Qatar 2022. 

Pemain berusia 35 tahun itu dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan selepas membantu Argentina memenangi Piala Dunia, Messi secara meluas telah dianggap sebagai pemain terhebat sepanjang zaman oleh para peminat bola sepak serata dunia. 

Messi memainkan peranan penting dalam kejayaan Piala Dunia pertama negaranya selama 36 tahun, dan dinamakan pemain terbaik kejohanan itu selepas menjaringkan dua gol di final. Dia yang kini berusia 35 tahun itu meletakan dirinya sebagai penjaring kedua terbanyak kejohanan di belakang Mbappe dengan menghasilkan tujuh gol.

Pencapaian Lionel Messi ini akan diabadikan, menerusi ciapan di Twitter Achraf Ben Ayad, “Bilik tempat Leo Messi menginap di Universiti Qatar semasa Piala Dunia akan dijadikan sebuah muzium kecil.” 

https://twitter.com/Benayadachraf/status/1607729486446952448

Perlawanan akhir adalah antara yang terhebat dalam sejarah Piala Dunia, dengan Perancis bangkit semula pada lewat permainan hasil dua gol Kylian Mbappe, sebelum penyerang itu menambah satu lagi dalam masa tambahan untuk melengkapkan hatriknya.

Walaupun perlawanan akhir itu diheret ke penentuan penalti, Lionel Messi berjaya menjulang trofi Piala Dunia di Stadium Lusail, Qatar.

Author

Pilihan Editor