SETAPAK: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tekun mendengar dan membuat catitan ketika taklimat disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Felcra Bhd, Datuk Mat Roni di Wisma Felcra Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu dilihat mula mencatit maklumat di atas buku nota mini, miliknya sebaik pembentangan slaid di skrin besar Dewan Auditorium wisma, mengenai isu dan cabaran Felcra.
Antara yang dipaparkan ialah landbank belum mencukupi, caj pengurusan di bawah kadar, tahap produktiviti per hektar ladang yang masih boleh dipertingkatkan.
Selain itu, kekurangan belanja modal, rizab syarikat, projek kurang berdaya maju (KBM), dana mandat sosial tidak mencukupi dan kesepaduan pekerja.
Ahli Parlimen Bagan Datuk dilihat sangat fokus mendengar taklimat Felcra yang berlangsung selama tempoh lebih satu jam.