HomeBeritaTrafik lebuh raya utama negara dijangka sesak mulai tengah hari

Trafik lebuh raya utama negara dijangka sesak mulai tengah hari

 

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dijangka akan meningkat dan sesak mulai tengah hari ini ekoran orang ramai yang akan membuat perjalanan pulang selepas cuti sambutan perayaan Tahun Baharu Cina berakhir hari ini.

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kesesakan dijangka dari Gopeng ke Tapah, Sungkai ke Slim River serta Pedas Linggi ke Port Dickson.

Trafik juga dijangka sesak dari Bukit Tinggi ke Plaza Tol Gombak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan mereka dan pastikan baki kad Touch ‘n Go mencukupi bagi mengelakkan kesesakan ketika membuat pembayaran di plaza tol,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, LLM memaklumkan berlaku kesesakan sepanjang empat kilometer di KM263.4 PLUS arah selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh Utara susulan sebuah kereta rosak yang menyebabkan lorong kanan terhalang.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi baru-baru ini dilaporkan berkata sebanyak 3.8 juta kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya di seluruh negara sepanjang cuti Tahun Baharu Cina kali ini.-BERNAMA

Authors

Pilihan Editor