HomeBeritaTun M sudah pulangkan RM2.6 juta tak? soal Najib

Tun M sudah pulangkan RM2.6 juta tak? soal Najib

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) bersikap ‘double standard’ dalam isu dana politik apabila membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menerusi laman Facebook miliknya, Najib menyatakan sehingga kini tiada seorang pemimpin PH atau PN yang pernah keluarkan kenyataan bahawa dana yang dikatakan RM2.6 bilion yang diterimanya sudah dikembalikan.

Berita berkaitan: Najib gugurkan Shafee, lantik firma Zaid Ibrahim kendali kes SRC

“Sebaliknya mereka hanya mahu kekalkan persepsi bahawa saya sudah curi dana tersebut untuk digunakan bagi membeli cincin, beg tangan dan sebagainya atau disorok saya.

“Saksi memberitahu mahkamah hari ini bahawa Muhyiddin dibayar RM1.3 juta juga mengaku telah memberi RM2.6 juta cash kepada Tun Mahathir Mohamad selepas dia menjadi PM pada PRU14.

“Itu RM2.6 juta – bukan dana dikatakan RM2.6 bilion yang pernah masuk akaun saya sebelum PRU13.

“Tetapi dana RM2.6 bilion itu telah dikembalikan empat bulan kemudian,” tulisnya.

Tambah Najib, mereka (PH/PN) tidak pernah memaklumkan RM2.6 bilion yang telah dihantar pulang.

Berita berkaitan: Najib gugurkan Shafee, lantik firma Zaid Ibrahim kendali kes SRC

“Sebab itu saya didakwa bawah AMLA 9 kali kerana menerima dan didakwa enam caj lagi kerana memulangkan dana tersebut kepada penghantar.

“Sebab itu, saya tidak didakwa merompak, menyamun atau mencuri atau menggunakan dana disebut RM2.6b itu tapi didakwa bawah AMLA.”

“Bagaimana pula dengan Mahathir? Dia ada pulangkan dana RM2.6 juta itu tak?

“Sekiranya tidak dikembalikan, dana itu sudah digunakan di mana? Untuk CSR juga tak?,” soalnya.

Mahkamah Tinggi hari ini, diberitahu Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) menyerahkan sumbangan dana politik RM2.6 juta kepada Tun Mahathir pada perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Berita berkaitan: Najib gugurkan Shafee, lantik firma Zaid Ibrahim kendali kes SRC

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal; bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun, 47, berkata pihaknya memberi dana RM1.3 juta kepada bekas Perdana Menteri dan bekas Pengerusi BERSATU itu menerusi dua transaksi pada Ogos dan September 2018, untuk kegunaan parti berkenaan.

Dr Mahathir terima sumbangan menerusi anak saudaranya, Tan Sri Rahmat Abu Bakar. Kod nama ‘Kedahan’ digunakan untuk Rahmat dalam buku lejar UKSB (menunjukkan aliran keluar wang syarikat berkenaan).

Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menerima sumbangan dana politik daripada UKSB menerusi rakan baiknya, Datuk Teo Wee Cheng yang juga Pengarah SHH Resources Sdn Bhd.

Berita berkaitan: Najib gugurkan Shafee, lantik firma Zaid Ibrahim kendali kes SRC

Author

Pilihan Editor