KUCHING: Jumlah mangsa banjir di daerah Kuching, Bau dan Siburan meningkat kepada 278 orang daripada 65 keluarga pagi ini berbanding 127 orang daripada 31 keluarga, petang semalam.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, setakat pagi iniĀ enam pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka.
PPS Surau Nur Hidayah Kampung Batu Kitang Jaya di Kuching menempatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 124 orang daripada 26 keluarga manakala PPS SJK Chuang Hua Batu Kawa, Kuching (76 mangsa daripadaĀ 17 keluarga) dan PPS Dewan Serbaguna Batu Kitang Jaya, Kuching (22 mangsa daripadaĀ lima keluarga).
Di Bau, PPS Dewan Datuk Seri Mohammad Hamdan, Balai Bomba Bau menempatkan 20 mangsa daripada lapan keluarga dan PPS Balai Raya Kampung Opar menempatkan sembilan mangsa daripada dua keluarga.
Di Siburan, PPS Dewan Serbaguna Kampung Mundai pula menempatkan 27 mangsa daripada tujuh keluarga.
Banjir melanda kawasan Kuching dan Bau selepas hujan berterusan sejakĀ beberapa hari lalu.Ā – BERNAMA