HomeBeritaViralPemandu bas asyik 'main' telefon, kawal stereng guna lengan jengkelkan netizen

Pemandu bas asyik ‘main’ telefon, kawal stereng guna lengan jengkelkan netizen

 

CYBERJAYA: Baru-baru ini, kelihatan sebuah video yang dikongsi pengguna Twitter memaparkan aksi pemandu bas menggunakan telefon sambil mengawal stereng menggunakan lengannya.

Aksi tersebut mendapat respons negatif dalam kalangan pengguna internet dan dianggap membahayakan nyawa penumpang di dalam bas terbabit.

Menerusi hantaran Twitter seorang pengguna dikenali @irwanfahmiid yang menyuruh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke untuk mengambil tindakan terhadap pemandu bas tersebut.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net turut meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pemandu bas yang tidak mempedulikan nyawa penumpang yang dibawa.

“Ambil tindakan dan gantung lesen. Atau batalkan lesen dia dan haramkan dia bawa apa-apa kenderaan. Pemandu macam ini boleh ragut nyawa orang lain.

“Beribu nyawa dah melayang pasal bas ni. Tolong ambil tindakan tegas. Tak ada maaf lagi dalam hal macam ini,” tulisnya.

Justeru, pemandu-pemandu bas diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk keselamatan nyawa penumpang dan mengelakkan daripada dikenakan tindakan.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor