HomeSukanBangkok United tangguh ‘pesta’ Dions Cools dan Buriram United

Bangkok United tangguh ‘pesta’ Dions Cools dan Buriram United

MISI Buriram untuk dinobatkan sebagai juara Liga 1 Thai lebih awal terpaksa ditangguhkan apabila pasukan itu tewas kepada Bangkok United, 4-3 di Stadium Thammasat dalam aksi semalam. 

Sememangnya misi pasukan yang diwakili bek tengah negara, Dions Cools, hanya perlu menang keatas pasukan ditempat kedua itu untuk ditabalkan sebagai juara lebih awal dengan berbaki lima perlawanan lagi.

Buriram bermula dengan garang di babak pertama apabila Supachai Chaided melepaskan rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-11 untuk menewaskan Michael Falkesgaard dan memberikan kelebihan kepada pelawat. 

https://twitter.com/TL_Central/status/1643253413348790275?s=20

Supachai menggandakan kelebih kepada pelawat setelah berjaya meletakkan bola ke gawang Bangkok Angels pada minit ke-33 sebelum rakan sepasukan Cools, Ratthanakorn Maikami menjaringkan gol sendiri selang beberapa minit untuk merapatkan jurang.

Semangat juang yang tinggi ditunjukkan anak buah Totchtawan Sripan berjaya membuahkan hasil setelah Thitipan Puangchan mengikat kedudukan 2-2 pada minit ke-66 perlawanan. 

Pada minit ke-78, Willen Mota berjaya meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan menerusi tandukan cantik. Kelebihan itu tidak kekal lama, pasukan Thunder Castle menyamakan kedudukan selang tiga minit oleh pemain gantian, Goran Causic. 

Malang buat Buriram apabila pasukan tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti pada minit-minit akhir permainan dan disempurnakan oleh pemain Brazil, Willen Mota. 

Kekalahan 4-3 kepada Bangkok United menyaksikan rekod tanpa kalah Buriram lebur dan memaksa mereka menunggu untuk dinobatkan sebagai juara Liga 1 Thai. 

Author

Pilihan Editor