HomeTeknologiChatGPT saran Kerajaan AS tubuh agensi kawal selia operasi AI

ChatGPT saran Kerajaan AS tubuh agensi kawal selia operasi AI

 

PENGASAS ruang sembang teknologi tinggi, ChatGPT, menzahirkan kebimbangan hari ini mengenai penggunaan kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) di masa akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman berkata, satu penggubalan undang-undang Amerika Syarikat (AS) seperti mewujudkan satu agensi baharu perlu dilaksanakan untuk mengawal selia lesen operasi syarikat-syarikat berasaskan AI.

Katanya, tindakan itu penting susulan dalam tempoh beberapa bulan lagi beberapa model AI akan memasuki pasaran.

“Saya rasa jika teknologi ini (AI) salah, ia boleh menjadi agak salah.

“Dan kerana itu, kami mahu bersuara tentang itu. Kami mahu bekerjasama dengan kerajaan untuk mengelakkan perkara itu daripada berlaku.

“Saya rasakan kita memerlukan peraturan, garis panduan mengenai apa jangkaan berkaitan terma pendedahan dari syarikat membekalkan model yang mempunyai kemampuan seperti yang dinyatakan,” katanya seperti dilapor Newsweek.

Altman berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Senat berkaitan kebaikan dan keburukan teknologi baharu itu.

Author

Pilihan Editor