HomeBeritaViral‘Ini barang boleh buat nangis 4 lautan…’- Alif sebak dapat ‘surprise’ dari...

‘Ini barang boleh buat nangis 4 lautan…’- Alif sebak dapat ‘surprise’ dari dua puterinya

 

CYBERJAYA: Baru-baru ini, selebriti berkaliber, Alif Satar meluahkan rasa terharu dan sebak selepas menerima kejutan daripada dua anak perempuannya iaitu Alisha Anugerah, 8, dan Ariana Mecca, 6.

Alif Satar, menerusi kapsyen sebuah hantaran di Instagram, bertanyakan kepada dua anaknya mengapa belum tidur lagi sedangkan malam sudah lewat.

Kedua-dua anaknya berkata mereka belum tidur kerana menunggu kepulangan Alif untuk memberikan kejutan kepadanya.

Ternyata kejutan yang dikatakan oleh anak perempuannya merupakan dua naskhah buku serta sepucuk ucapan yang boleh membuatkan air mata seorang lelaki tumpah.

Dalam ucapan tersebut, kedua-dua anak perempuannya menyifatkan mereka sangat bertuah kerana dikurniakan bapa seperti Alif serta berharap agar pemberian tersebut akan sentiasa mengingatkan Alif terhadap orang-orang yang disayanginya.

Foto: IG alifsatar

Selepas membaca coretan tersebut, pelakon drama Dia Semanis Honey mengakui terharu dengan setiap baris ayat yang ditulis oleh dua puterinya.

“Berenang 4 kilometer kat laut aku gagah lagi mat, tapi ini barang boleh buat nangis 4 lautan bro,” luahnya.

Untuk rekod, Alif dan isterinya, Shadila Hakif telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 15 September 2014.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor