HomeHiburan'Kembang juga maggi tu' - Azza Elite cuba pakai purdah, Noorkhiriah tunjuk...

‘Kembang juga maggi tu’ – Azza Elite cuba pakai purdah, Noorkhiriah tunjuk cara mudah

CYBERJAYA: Gelagat Azza Elite yang cuba untuk makan dengan memakai purdah sambil ditunjuk ajar oleh Noorkhiriah undang ketawa netizen yang melihatnya.

Baru-baru ini, perkongsian di TikTok Azza Elite atau Nor Azzarima Zawari, melihatkan dia sedikit kekok untuk makan sambil mengenakan purdah.

Dalam video tersebut, Noorkhiriah dilihat mengajar cara yang betul untuk makan selepas melihat Azza terkial-kial memasukkan makanan ke dalam mulut.

Malah, selepas diajar berkali-kali, Noorkhiriah menyuruh Azza untuk membuka purdah disebabkan makanan yang dipesan mereka iaitu Maggi sudah kembang.

Menurut Noorkhiriah, selesai majlis ilmu, mereka singgah di sebuah kedai makan untuk menjamu selera. Oleh kerana Azza masih belum biasa berniqab, ianya menjadi sedikit rumit dan kekok untuk Azza menyuapkan makanan ke mulutnya. Bak kata Noorkhiriah, sampai kembang maggi tetap tidak sampai ke mulut makanannya itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman yang sama sewaktu mula berpurdah serta ada yang mendoakan mereka berdua sentiasa istiqamah.

“Mula-mula saya pakai niqab dan purdah, bila makan saya buka, pastu pakai balik, lama-lama dah pandai. Bila dah pakai, bila buka rasa lain. Ada rasa malu yang sangat-sangat tebal,” kongsi netizen.

“Pertama kali pakai niqab suap makanan tak masuk mulut. Berterabur makanan atas baju. Sekarang Alhamdulillah dah 5 tahun tetap kekal pakai ketika makan,” tulis netizen.

“Baguslah ada kawan supportive macam ini, walaupun kadang mulut dia macam sarcasm je. Teruskan istiqamah,” luah netizen.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

 

Author

Pilihan Editor