HomeBeritaViralPinjam RM1,500 minta bayar RM16,000, ah long terkedu kena ‘sound’ Mustafa Khan

Pinjam RM1,500 minta bayar RM16,000, ah long terkedu kena ‘sound’ Mustafa Khan

CYBERJAYA: Baru-baru ini, tular sebuah video mengenai seorang lelaki membantu seorang mangsa ah long yang yang memerlukan pertolongan kerana dipaksa membuat pembayaran balik yang dengan jumlah yang tidak masuk akal.

Difahamkan, Mustafa Khan dari Persatuan Hak Masyarakat memang tidak asing lagi buat pengguna media sosial di mana beliau kerap mengingatkan orang ramai agar tidak terjebak dengan pinjaman yang ditawarkan oleh peminjam wang tidak berlesen atau ah long.

Menurut Mustafa, beliau menerima aduan daripada seorang mangsa ah long di mana dia telah membuat pinjaman sebanyak RM1,500. Namun walaupun sudah melunaskan bayaran RM4,000 termasuk bunga, ah long berkenaan masih tidak berpuas hati dan ingin menuntut RM12,000 lagi daripada mangsa.

Ah long berkenaan juga dikatakan telah menceroboh rumah mangsa dan mengambil barang hak milik mangsa iaitu komputer riba sebagai satu bentuk ‘peras ugut’ kerana tidak mahu membayar jumlah sedemikian.

“Ah long itu ada pergi ke rumah dia dan ada bengkel dekat depan, dia masuk ke dalam rumah abang itu dan ambil laptop tanpa kebenaran dia dan bawa balik.

Malah, dalam video tersebut, Mustafa juga turut bertanyakan adakah ah long terbabit mempunyai lesen dan perjanjian sebelum memberi pinjaman kepada orang ramai.

Bagaimanapun, ah long berkenaan tidak mampu memberikan penjelasan serta sepanjang video tersebut dilihat geram tetapi tidak mampu berkata apa-apa.

Di penghujung video, Mustafa menawarkan penyelesaian ‘secara baik’ dengan ah long berkenaan untuk mendapatkan kembali komputer riba milik mangsa.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor