KUALA LUMPUR: Anna Jobling adalah wanita dan figura tepat untuk menjadi duta baharu Mutyara kerana dia seorang wanita aktif dan memerlukan ‘energy booster’ atau tenaga tambahan harian iaitu jamu Mutyara.
“Anna Jobling ialah simbol wanita yang melakukan banyak aktiviti harian,” katanya kepada MEDIA VARIASI.
Tya yang juga isteri kepada usahawan terkenal Asyraf Khalid menyifatkan Anna seorang dedikasi, disiplin tinggi dan mudah bekerjasama.
“Anna juga wanita yang bekerja keras dan senang nak bekerjasama. Itu antara sebab saya pilih Anna.
“Diharapkan juga dengan pelantikan Anna yang sekian lama kita tak ada duta, kami harap boleh melebarkan lagi kesan pengambilan jamu ini.
“Kita ingin membantu wanita yang mahu meningkatkan tenaga untuk lebih produktif,” katanya.
Sementara itu, Anna, 22, atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman bersyukur menjadi sebahagian keluarga baru jamu Mutyara.
“Untuk wanita di luar sana yang mungkin takut nak minum jamu, saya sudah mencuba dan mengamalkannya dan ia tidak pahit. Jadi orang akan lebih percaya jamu ini tak pahit seperti yang orang dakwa sebelum ini.
“Selama lima tahun jamu Mutyara sudah membantu wanita mendapatkan tenaga lebih setiap hari dan juga membantu dari segi dalaman.
“Dengan formulasi baru jami ini, sudah pasti akan memberikan lebih banyak khasiat kepada kita. la bebas gula, lebih sihat dan bertenaga,” katanya.
Jangan lupa dapatkan Combo Melur untuk bulan ini di laman webÂ
www.mutyara.com