CYBERJAYA: Demi tuntutan kerja, seorang lelaki warga emas sanggup memotong rumput walaupun pada ketika itu hujan turun dengan lebat.
Menerusi perkongsian video TikTok @panggilmasjela, wanita yang dikenali sebagai Mastura menyuruh pakcik itu untuk berhenti dan menyambung tugasnya nanti, namun lelaki itu tetap meneruskan pekerjaannya kerana perlu melaksanakan tugas lain pada esok hari.
Bagaimanapun, akibat guruh dan kilat mula berdentum membuatkan pakcik itu berhenti seketika dan berteduh sambil menjamu hidangan yang diberi oleh Mastura.
Menurut Mastura, pakcik tersebut kelihatan begitu berselera ketika menikmati makanan itu.
“Dia kelmarin dah mesin rumput, tengah mesin dah nak habis rumput mesinnya rosak. Dia datang harini nak habiskan tugasannya,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat kegigihan dalam melaksanakan kerja serta mendoakan kesihatan pakcik tersebut.
“Semoga pakcik ni dikurniakan rezeki seluas langit dan bumi, sihat tubuh badan dan dalam jagaan Allah,” komen netizen.
“Semoga pakcik tetap kuat, dimurahkan dan dihalalkan rezeki beliau. Allah mudahkan urusan pak cik, thank you bagi makan, bekalan untuk di sana nanti,” kongsi netizen.
“Faham sangat bila dia cakap ‘tak boleh stop sebab esok ada kerja lain’ yang faham tu faham lah. Semoga pakcik dimurahkan rezeki selalu,” tulis netizen.