PEMAIN tengah Belanda Xavi Simons berpindah ke Red Bull Leipzig secara pinjaman selama semusim dari Paris Saint-Germain pada Rabu.
“Bundesliga adalah salah satu liga terbaik di Eropah dan RB Leipzig adalah salah satu pasukan terbaik dalam Bundesliga,” kata Simons dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa “datang ke Leipzig adalah langkah yang tepat untuk saya kerana RBL sentiasa menunjukkan cara untuk pemain muda berkembang dan berjaya bersama mereka.”
Menjaringkan 19 gol, Simons menamatkan liga Eredivisie di Belanda sebagai penjaring gol terbanyak musim lalu bersama PSV Eindhoven dan merupakan sebahagian daripada pasukan PSV yang memenangi Piala Belanda 2022-23.
Dia membantu Paris Saint-Germain memenangi kejuaraan Ligue 1 2021-22.
Pemain berusia 20 tahun itu setakat ini telah bermain empat kali untuk Belanda.
Sementara itu, pemain tengah serangan Belanda itu akan menyarung jersi nombor 20 di RB Leipzig. – Anadolu Agency