KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri bakal menyaksikan Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan seramai 108 calon.
Perkara itu diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika Majlis Pengumuman Calon BN di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat.
Ahmad Zahid berkata, daripada jumlah itu, 63 peratus merupakan calon muka baharu dan 18 peratus adalah penyandang di kawasan sedia ada.
Tambah beliau, 20 peratus lagi calon dikemukakan adalah mereka yang pernah bertanding dan mahu mempertaruhkan diri semula pada PRN tersebut.
Pada masa sama, katanya, 83 peratus daripada calon-calon tersebut memiliki kelayakan pengajian tinggi dan kelulusan profesional.
“BN menawarkan wajah-wajah segar dan mampu menggalas tanggungjawab kelak. BN juga terdiri daripada kalangan yang
memahami aspirasi Kerajaan Perpaduan
untuk memastikan kestabilan politik dipertahankan.
“Saya beri amanah dan jumpa mereka yang dipilih daripada terbaik daripada kalangan baik-baik.
“Saya bersama beberapa pihak meneliti jika ada kes jenayah, kes mahkamah, malah kita juga periksa kalau ada kes mahkamah syariah, katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkn (PRN) di enam negeri diadakan serentak dengan 12 Ogos ini sebagai hari pengundian manakala 29 Julai sebagai hari penamaan calon.
Sementara itu, hari pengundian awal ialah pada 8 Ogos ini.