SELEPAS membawa skuad The City Boys ke tiga perlawanan akhir, Bojan Hodak memutuskan untuk mengundur diri sebagai jurulatih KL City FC.
Pengendali yang berasal dari Croatia itu mengendalikan pasukan KL City FC sejak tahun 2021.
Sepanjang mengendalikan pasukan The City Boys, Bojan berjaya menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2021 dengan menewaskan pasukan pilihan Johor Darul Ta’zim 2-0 hasil jaringan Zafri Yahya dan Paulo Josué.
EXCL: Bojan Hodak letak jawatan. Jurulatih dari Croatia itu buat keputusan undur diri pada musim ketiga bersama KL City. Jurulatih yang membawa KL City ke final Piala Malaysia 2021, Piala AFC 2022 dan Piala FA 2023 itu dapat tawaran sebuah kelab luar negara. 👋🏼@ASTROARENA pic.twitter.com/O9Rc7BwbN3
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) July 26, 2023
Dibawah kendalian Bojan, KL City turut berjaya mara ke pentas akhir Piala AFC 2022 dan pentas akhir Piala FA 2023.
Keputusan ini dikatakan Bojan telah menerima satu tawatan dari kelab luar negara yang menagih sentuhan magisnya.