HomeBeritaViral'Macam nak hilang nyawa'- DSV gelabah kayak tenggelam dalam laut

‘Macam nak hilang nyawa’- DSV gelabah kayak tenggelam dalam laut

CYBERJAYA: Walaupun panik selepas kayak yang dinaiki hampir tenggelam, Datuk Seri Vida (DSV) masih boleh ketawa sambil menjerit meminta pertolongan.

Menerusi hantaran video TikTok @datoserividaofficial, air laut mula memasuki kayak yang senget sebelah dek kerana DSV yang menaiki kayak dengan seorang lelaki, hilang keseimbangan sewaktu mendayung.

Pada mulanya, DSV masih boleh bergelak ketawa meskipun perlahan-lahan kayak itu mula ditenggelami air namun dia mula panik apabila kayak terbabit tenggelam sepenuhnya.

Walaupun keadaan pada ketika itu panik, jeritan dan ketawa yang diselang seli oleh DSV membuatkan orang sekitar turut ketawa sebelum menyelamatkan DSV.

Lebih menarik perhatian, anak lelaki DSV, Kacak sempat mentertawakan ibunya dan meminta orang di sekelilingnya merakam kejadian tersebut sebelum turut melompat ke dalam air untuk menyelamatkan ibunya.

“Macam nak hilang nyawa ye aduhai, nak naik juga, tengok apa jadi,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat DSV yang masih boleh ketawa walaupun hampir lemas.

“Sebenarnya gelak mungkin boleh mengurangkan rasa panik Datuk maybe,” komen netizen.

“Datuk ni tengah nak tenggelam pun dia gelak lagi… sakit perut gelak tengok,” kongsi netizen.

“Mesti Datuk rasa kelakar dalam masa yang sama gelabah, itu yang jerit gelak jerit gelak,” tulis netizen.

 

Author

Pilihan Editor