HomeBeritaTaman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh tersenarai di Google Maps

Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh tersenarai di Google Maps

CYBERJAYA: Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh tersenarai antara lima taman popular dalam kalangan pengunjung di Malaysia mahupun luar negara.

Perkara itu disahkan oleh Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin yang memaklumkan tempat menarik di Malaysia itu dipilih berdasarkan data Google Maps dari 20 Februari tahun lalu hingga 21 Mac lalu.

“Lima taman popular yang direkodkan di Malaysia iaitu Taman KLCC, 99 Wonderland Park, Taman Saujana Hijau Putrajaya, Anjung Floria dan Taman Rekreasi Gunung Lang.
“Kita dapat lihat Taman Rekreasi Gunung Lang turut direkodkan dalam carian kategori taman popular,” katanya seperti dilapor Astro Awani.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Bulan Julai, di Dewan Mesyuarat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), di sini, pada Isnin.

Tambah Rumaizi, data direkodkan Google turut mendapati ramai pengembara luar dari Singapura, Australia dan Indonesia berkunjung ke tempat menarik di Malaysia pada suku pertama tahun ini.

“Antara tempat menarik paling digemari pengunjung dari negara berkenaan adalah Pantai Pengkalan Balak, Melaka, iaitu sebuah pantai tempatan yang popular mudah berkunjung.

“KLCC Park di Kuala Lumpur menjadi pilihan pengunjung terbabit, selain Muzium Negara bagi mengetahui tentang sejarah dan budaya,” maklumnya.

Selain daripada taman popular, data Google turut menyenaraikan lima pantai awam popular iaitu Pantai Pengalan Balak, Melaka D’Aur Beach Resort, Pantai Tanjung Biru, Pantai Batu Hitam Kuantan dan Pantai Batu Layar, Kota Tinggi.

Menurut Rumaizi, bagi lima muzium popular pula merangkumi Muzium Negara, Pinang Peranakan Mansion, Muzium dan Galeri Seni Bank Negara, Muzium Kebudayaan Borneo dan Muzium Wonderfood.

Author

Pilihan Editor