HomeBeritaPolis siasat lelaki meninggal dunia ketika dalam tahanan

Polis siasat lelaki meninggal dunia ketika dalam tahanan

SEORANG lelaki berusia 50 tahun meninggal dunia ketika ditahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan pada Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata,  tahanan itu mengadu sakit dada dan sukar bernafas semasa dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi di Sarawak.

“Orang kena tahan (OKT) segera dibawa ke Klinik Kesihatan Beluru untuk mendapatkan rawatan.

“Pada pukul 10.30 malam Isnin, OKT disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan Klinik Kesihatan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Azri berkata, bedah siasat akan dijalankan di Hospital Miri pada Khamis untuk mengetahui punca kematian.

Katanya, pihak polis akan menjalankan siasatan berkaitan kes tersebut.

Author

Pilihan Editor