CYBERJAYA: Syarikat pengeluaran iPhone, Apple dijangka akan memperkenalkan siri baru telefon itu pada 13 September 2023, lapor portal Amanz.
Jangkaan itu dibuat susulan pihak Apple sering memperkenalkan iPhone generasi baharu sekitar bulan September.
Bagi tahun ini, Apple akan menampilkan iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max.
Pada masa sama, Apple akan turut menyertakan sokongan pengecasan berasaskan USB-C pada iPhone generasi baharu ini, serta semua dilengkapkan dengan Dynamic Island.
Bagaimanapun, pihak Apple masih tidak mengumumkan sebarang tarikh rasmi bagi pelancaran tersebut.
Sekiranya tepat pengenalan pada 13 September 2023 ini, maka siri iPhone 15 dijadual dijual seminggu selepasnya untuk beberapa pasaran.
Jikalau mengikut tahun lepas, iPhone 14 ditawarkan di Malaysia hanya dua minggu selepas pengumumannya.
Apple mengambil pra-tempahan selepas seminggu pengumuman, dan seterusnya mula menawarkan ia kepada pengguna umum pada minggu seterusnya.