HomeBeritaViralNetizen terhibur, gadis kongsi tip ibu tanam pokok 'auto' subur guna cawan...

Netizen terhibur, gadis kongsi tip ibu tanam pokok ‘auto’ subur guna cawan kedai kopi je! 

CYBERJAYA: Siapa sangka cawan kopi yang dibeli di kedai kopi terkemuka turut digunakan untuk menyemai benih tanaman.

Menerusi hantaran Facebook UMe Cikin memberitahu, ibunya sering menyemai pokok bunga di dalam cawan kedai kopi terkemuka berbanding dalam polibeg hitam.

“Mak aku kalau semai pokok bunga, dia guna cawan kopi Zus. Mak aku kata kalau semai guna cawan Zus, pokok jadi lebih subur dan sihat.

“Bukan setakat subur pokok tu, kadang-kadang belum sempat semai, pokok dah berbunga,” katanya.

Malah, gadis itu tidak menyangka minuman yang selalu dibeli secara sembunyi-sembuyi itu turut diminati ibunya.

“Tak sangka, mak aku suka cawan kopi Zus rupanya. Kalau tak, takdelah aku curi-curi habiskan minum kopi untuk hapuskan bukti sebelum sampai ke rumah.

“Lepasni kalau aku baik dari Bukit Gambir mesti mak aku amat gembira kalau aku bawa balik cawan Zus yang kosong untuk dia,” luahnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang berseloroh sesama mereka.

“Kalau rajin belanja kawan-kawan FB macam saya ni lagi cepat dapat kumpul cawan Zus ni. Tak percaya tanya mak,” seloroh netizen.

“Pakcik Zus dalam gambar tu dulu seorang petani hebat. Hari-hari minum kopi kekalkan tenaga untuk bercucuk tanam. Lepas bosan bertani,barulah dia hasilkan kopi. Tapi dia pesan,gula jangan letak banyak, nanti diabetes,” komen netizen.

“Pokok kesum ka itu? Mungkin keajaiban akan berlaku, pokok kesum bertukar jadi pokok kopi,” kongsi netizen.

Sementara itu, ada juga warga net yang turut berkongsi kisahnya memelihara ikan menggunakan cawan sebuah kedai runcit popular.

“Saya pula pakai cawan CU Mart ternyata ikan saya lebih gemuk-gemuk dan sihat dari sebelum ini,” kongsi netizen.

Author

Pilihan Editor