HomeBeritaPolitikTak rasmi: Amirudin mendahului pencabar lain

Tak rasmi: Amirudin mendahului pencabar lain

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Amirudin Shari mendahului di Dewan Undangan Negeri (DUN) N16 Sungai Tua dengan memperoleh 14,251 undi setakat jam 8.30 malam ini.

Manakala calon Perikatan Nasional (PN) Muhammad Hanif Jamaluddin mengikuti rapat dengan kiraan undi sebanyak 10,329.

Sementara itu, calon bebas Suman Gopal hanya mendapat 336 undi.

Setakat ini pengiraan undi masih berlangsung dan keputusan penuh dijangka diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tengah malam ini.

Author

Pilihan Editor