WEST Ham United mengumumkan Ahad bahawa pemain Ajax Amsterdam, Mohammed Kudus telah menyertai kelab itu.
Pemain tengah Ghana itu menandatangani kontrak lima tahun dengan pasukan Liga Perdana Inggeris itu, menurut satu kenyataan.
“Saya sudah mengimpikan bermain dalam liga seperti ini sejak kecil lagi,” kata Kudus. “Saya telah mengimpikan detik ini dan saya sangat gembira berada di sini.”
Bagi pihaknya, pengurus kelab, David Moyes berkata, dia “berbesar hati” untuk membawa Kudus ke dalam pasukan.
“Dia seorang bakat muda yang hebat, yang telah menyinar pada tahap tertinggi untuk Ajax dalam Liga Juara-Juara dan membuat lebih 150 penampilan senior pada usia 23 tahun – jadi tidak mengejutkan untuk melihat begitu banyak kelab terkemuka mengejar tandatangannya musim panas ini,” tambahnya.
Kudus merangkul kejuaraan liga Belanda berturut-turut dengan Ajax pada 2021 dan 2022.