CYBERJAYA: Misteri alam bunian sehingga kini masih menjadi tanda tanya dan perdebatan dalam kalangan masyarakat.
Bagaimanapun perkongsian gambar oleh seorang pengamal perubatan Islam dikenali sebagai Md Rosdi Hasan di Facebooknya menjadi perbualan warga net apabila melihat beberapa sosok tubuh manusia di belakang Rosdi.
“Gambar ini diambil ketika saya berada di atas gunung Jerai ketika sedang mencari bunga cenuai untuk dibuat serum.
“Cuba perhatikan betul-betul ada apa yang di sebalik gambar ini pada waktu senja semasa puncak gunung dipenuhi kabus tebal,” tulisnya.
Rata-rata netizen berpendapat bahawa mereka melihat beberapa sosok manusia yang berpakaian seperti orang zaman dahulu.
“Sosok pendekar berpakaian hitam, empat lelaki orang bersila… Sorang lagi perempuan pakaian putih bertudung pun bersila juga… Nampak macam sedang mengaji,” komen netizen.
“Tiga orang lelaki berpakaian Melayu terdahulu serba hitam bertanjak, beserta kain kuning di bahu dan seorang wanita berbaju serba putih,” kongsi netizen.
“Dahlah memang dah kita ni hidup pun berkongsi apa nak dibicarakan lagi …hantu lah tu,” luah netizen.
“Puteri Bunian dan hulubalang-hulubalangnya barangkali,” tulis netizen.