HomeBeritaViral‘Mujur Lily bukan Oyen’ - Kucing bawa cincin di majlis kahwin tuan...

‘Mujur Lily bukan Oyen’ – Kucing bawa cincin di majlis kahwin tuan curi perhatian

SETIAP pasangan pasti impikan detik indah ketika berlangsungnya hari perkahwinan.

Menjadi perhatian apabila sepasang pengantin dengan berani dan percaya memberi kucing peliharaan mereka mengiringi cincin perkahwinan.

Menerusi perkongsian video di TikTok pengacara, Ahmad Fedtri Yahya, kelihatan seekor kucing menaiki kereta mainan bersama cincin menuju ke arah kedua mempelai.

Menariknya, kucing berbulu putih bernama Lily itu seolah-olah memahami tugasnya selaku ‘Cat Girl’ dengan kekal berada dalam kereta itu.

Momen yang dikongsi Fedtri itu berlangsung pada majlis resepsi pasangan mempelai yang dikenali Dr Ayuni dan Dr Rahul.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net memuji Lily yang begitu sopan dan sama-sama memberi kerjasama dalam majlis berkenaan.

Malah, ada juga yang mengatakan semuanya berjalan lancar kerana kucing berkenaan bukanlah si ‘Oyen’.

“Nasib bagi job kat Lily, kalau oyen rosak majlis! Bukan pegantin lari, cincin kena bawak lari,” seloroh netizen.

“Sib baik si puteh kalau si oyen mesti kecoh,” komen seorang lagi warga net.

“Orang tak tgk pengantin dah.. orang tgk kucing,” tulis netizen.

@fedtriyahya

Sesuatu yang unik di resepsi perkahwinan Dr Ayuni & Dr Rahul… Kucing kesayangan mencuri tumpuan 😀 #lily #cat #ringbearer

♬ original sound – Ahmad Fedtri Yahya – Fedtri Yahya

Author

Pilihan Editor