PETALING JAYA: Seorang pelancong asing dari Bahamas ‘menyelar’ Malaysia kerana telah menyebabkan seleranya bertukar.
Menggunakan nama Lilith di TikTok, dia yang gemar mengembara mengakui tidak dapat melupakan keenakan pelbagai jenis makanan yang terdapat di Malaysia.
“Malaysia kita ada masalah okay. Kerana awak telah merosakkan mulut, khususnya selera saya kerana sekarang saya berada di Bahamas.
“Saya tidak boleh berhenti membandingkan makanan yang bukan hanya Bahamas, tetapi hampir di mana-mana sahaja saya pergi seperti Thailand contohnya.
“Bagaimana saya rasa suka seperti ini? Saya harap saya kembali ke Malaysia. Perut saya boleh menjadi lebih gembira,” katanya.
Dalam masa sama, dia turut berkongsi bahawa dia seorang yang sangat cerewet tentang makanan dan bertanya adakah dia perlu berpindah ke Malaysia.
“Adakah saya hanya perlu berpindah ke negara yang makanannya terkenal. Dulu saya seorang pemilih makanan dan saya pergi ke sana (Malaysia), akan mencuba pelbagai benda.
“Sekarang lihat apa yang telah anda lakukan kepada saya? Fikirkan tentang apa yang telah anda lakukan,” ujarnya.
Video tersebut menerima pelbagai reaksi rakyat Malaysia yang terhibur dengan kenyataannya itu.
“Mari, roti canai panggil kamu kembali,” kata Yuri Yukikaze.
“Bagi pihak rakyat Malaysia, saya sangat memohon maaf. Saya merasakan perkara yang sama setiap kali saya melancong ke luar negara,” kongsi ChianChianCute.
“Rakan saya dari Australia juga terus mengatakan kopi Malaysia paling sedap di dunia,” kata Fifizack. – Kosmo