HomeBeritaViral'Setakat RM8 hang ni aku tak heran lah' - Pekerja warung berang...

‘Setakat RM8 hang ni aku tak heran lah’ – Pekerja warung berang ditegur tiada adab

CYBERJAYA: Seorang individu mendakwa menerima layanan biadab selepas dia memberi teguran mengenai adab yang ditunjukkan oleh pekerja di sebuah warung ikan bakar di Kuala Perlis.

Menerusi video tular yang dikongsi pengguna aplikasi X @macchiatodolce, memaparkan pekerja terbabit dilihat melintas jalan dengan laju sebelum melempar wang berjumlah RM8 kepada mereka.

“Macam gini eh layan customer dari awal memang biadab, amik order asal boleh, nak senyum jauh sekali. Bila orang tegur baik baik terus mengamuk macam takda pedoman hidup,” katanya.

Difahamkan, individu dikenali sebagai Farah memberitahu selepas selesai membuat pesanan, salah seorang rakannya ingin menukar pesanan sekaligus membuat pekerja dipercayai pemilik kedai berang.

Bercerita lanjut, pemilik kedai itu sebaliknya menyuruh pekerja yang lain melayan rakannya dengan nada biadab.

“Hang layan sat depa ni, banyak tanya sangat,” ulas pemilik kedai kepada pekerjanya.

Sehubungan itu, selepas selesai melakukan pembayaran, Farah memberi teguran secara lembut agar melayani pelanggan dengan penuh adab.

“Lain kali layan customer elok-elok na.

“Lepas tu dia terus terpekik bagi semua orang tengok,” ujarnya.

Tidak lama selepas itu, pemilik kedai dengan mimik muka penuh rasa marah tampil ke meja makan mereka lalu mencampak wang berjumlah RM8 kepada Farah.

“Hang anak dara lagi buat perangai elok-elok sikit. Hang bayar RM8 dekat aku, hang nak cakap lebih kurang.

“Setakat RM8 hang ni aku tak heran la, customer aku ramai lagi, hang cakap elok aku bagi elok, hang cakap tak elok muka hang jahanam,” selar pemilik kedai.

Dakwanya lagi, pemilik kedai itu turut melayan pelanggan-pelanggan lain dengan cara yang dikatakan sangat biadab.

Hantaran itu mendapat perhatian ramai warganet yang rata-ratanya meluahkan pengalaman mereka berhadapan dengan sikap kurang ajar pekerja di warung terbabit.

“Pernah makan kedai ni, memang semua jenis muka masam pastu nak taknak amik order. Bukan sorang, almost semua pekerja dia macam tu. Mak aku nak minta sudu pun takut sampai pi ambik sendiri kat kaunter,” luah netizen.

“Weh sis, I baru pi minggu lepas. Taukey dia sumpah kerek nak mampus dahlah tak senyum dekat customer. Lepastu rude nak mampus. Boyfriend order mee kuah tapi tak rasa apa. Aku pulak order nasi daging merah, rasa hangit kelat serupa buka api kuat, ABC ceroi nak mampos,” kongsi netizen.

“Baru je balik daripada Langkawi and that time kita orang pergi Idamansuri, sangat biadab je layanan diorang. Kalau biadab dekat kita sorang takpe, ini biadab dengan orang tua. Ingat trend ke apa jadi biadab dengan customer. Lepastu baca google reviews semua cakap memang staff biadab,” kongsi netizen.

Komen netizen

Author

Pilihan Editor