HomeBeritaPolitikAnwar jawab isu `hari ini menang, esok harga minyak turun’

Anwar jawab isu `hari ini menang, esok harga minyak turun’

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab isu janji `hari ini menang, esok harga minyak turun’ di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Anwar, semasa ungkapan itu dibuat pada tahun 2018, harga petrol di Malaysia RM2.21 seliter, manakala Arab Saudi RM2.19 sen.

“Berapa harga (petrol) di Arab Saudi sekarang? RM2.48 sen seliter. Berapa harga di Malaysia? RM2.05 sen seliter,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12).

Anwar turut menyindir PAS kerana janji `hari ini menang, esok harga minyak turun’ dipersetujui PAS semasa bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. – Kosmo!

Author

Pilihan Editor