HomeBeritaMahkamah & JenayahWarga asing buat hal lagi! Raba pelajar 14 tahun di pasar raya

Warga asing buat hal lagi! Raba pelajar 14 tahun di pasar raya

TINDAKAN melampau seorang lelaki warga asing yang melakukan gangguan seksual terhadap pelajar perempuan berusia 14 tahun di sebuah pasar raya Sungai Buloh membuatkan dia ditahan.

Tahanan itu dibuat susulan kejadian yang berlaku pada 18 September lalu itu tular menerusi satu video televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 33 saat yang memaparkan suspek meraba dan mencabul mangsa.

Suspek kemudiannya berpura-pura mencapai barangan yang berada di rak berdekatan sebelum mangsa bertindak memberitahu seorang wanita dipercayai ahli keluarganya.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, laporan telah dibuat oleh keluarga mangsa pada pukul 6 petang.

“Kita telah terima laporan mengenai kejadian dan suspek yang merupakan warga asing itu juga telah ditahan sejurus selepas kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak (AKSK) 2017,” katanya seperti dilapor Kosmo, hari ini.

Tambah Shafa’aton, suspek berusia 31 tahun itu telah dituduh di Mahkamah Klang pada 27 September lalu mengikut Seksyen 14(a) AKSK 2017.

Author

Pilihan Editor