HomeBeritaPemandu Kelisa maut tersepit nahas lori di Banting

Pemandu Kelisa maut tersepit nahas lori di Banting

BANTING: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam nahas dengan sebuah lori muatan tiga tan di Jalan Utama Bandar Sungai Emas di sini pada pagi Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 11.55 pagi.

Beliau berkata, pemandu berusia 20 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di dalam kenderaannya akibat kecederaan parah.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, mayat pemandu kereta jenis Perodua Kelisa itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Author

Pilihan Editor